kelebihan menggunakan sunsilk berbanding produk shampu yang lain
Hello guys!!!
hari ini saya ingin ingin menerangkan apakah kelebihan apabila menggunakan produk shampu sunsilk.
SUNSILK adalah jenama terkenal bagi produk penjagaan rambut dan kulit kepala. Produk keluaran Sunsilk lebih memberi tumppuan kepada golongan wanita.
Kesegaran dan Keharuman Berpanjangan Sehingga 48 Jam*!
Menutup rambut sepanjang hari dalam cuaca yang panas dan lembap, akan mengakibatkan pemakai hijab mengalami keadaan rambut yang berpeluh dan kulit kepala berminyak. Bukan sahaja ia menyebabkan rasa tidak selesa, kemungkinan untuk rambut berbau busuk juga adalah amat tinggi, dan pastinya ia akan mengugat tahap keyakinan diri.
Fragrance Release Pearls Technology™* yang terkandung dalam pek Sunsilk Hijab Recharge memberikan kesegaran dan keharuman berpanjangan sehingga 48 jam* – produk pertama di pasaran yang memiliki keupayaan praktikal namun luar biasa. Sebaik sahaja rambut anda dibasuh dengan Sunsilk Hijab Recharge, kapsul haruman akan tersimpan dan terus kekal dalam rambut anda. Kapsul ini kemudiannya akan pecah apabila terkena sentuhan yang lembut lantas membebaskan aroma wangian yang harum. Tambahan pula, aroma wangian yang harum ini akan bertambah kuat seiring dengan pertambahan geseran antara tudung dengan rambut anda. Dalam erti kata lain, lebih banyak anda menggerakkan kepala, rambut anda akan lebih berbau wangi!
* Hanya terdapat dalam Syampu Segar Berhijab dan Anti Rambut Gugur. Berdasarkan ujian makmal.
Yang Terbaik dari Alam Semula Jadi dalam Satu Botol
Dihasilkan melalui usahasama pakar penjagaan rambut secara semula jadi Jamal Hammadi, Sunsilk Hijab Recharge yang baru ini diformulasikan dengan menggunakan keajaiban bahan semula jadi yang asli untuk menangani cabaran utama masalah rambut yang dihadapi oleh hijabster.
– Segar Berhijab atau Hijab Refresh, keajaiban dalam warna pastel hijau, yang diperkayakan dengan pati buah tin dan dikenali juga sebagai buah-buahan syurga di kalangan orang Islam. Kaya dengan antioksidan, ia membantu membersihkan kulit kepala dari peluh, kesan berminyak, sel kulit mati serta rambut berminyak bagi mengekalkan kesegaran yang berpanjangan.
– Anti Rambut Gugur atau Lively Strong Hairfall** Solution, yang diperolehi dalam botol pastel oren yang ceria, diformulasikan dengan ekstrak akar ginseng. Terkenal dengan kemampuannya untuk mengekalkan nutrien, memperkuatkan rambut serta mengurangkan keguguran rambut.
– Anti Kelemumur atau Anti Dandruff, kehebatan yang terdapat dalam botol warna biru, telah direka untuk menangani permasalahan kelemumur melalui pengunaan pati buah-buahan sitrus untuk menghasilkan rambut lembut bermaya, serta agen anti-kelemumur ZPT yang akan membasmi sel kulit mati dan menghalangnya dari berlaku semula***.
** Akibat rambut putus, berdasarkan ujian makmal dengan penggunaan sistem berbanding syampu tanpa perapi.
*** Tiada kelemumur kelihatan dengan pengunaan kerap
“Pengguna masa kini lebih prihatin, dan lebih cenderung untuk menggunakan produk penjagaan rambut yang dibuat menggunakan bahan semula jadi yang asli serta mampu memberikan lebih banyak manfaat. Kerana itu, kami memilih untuk mengggunakan kelebihan bahan semula jadi yang asli untuk menangani keperluan penjagaan rambut hijabstermasa kini dan dipertingkatkan lagi melalui gabungan teknologi penjagaan rambut yang terkini dan canggih. Pengguna sentiasa menjadi keutamaan jenama, dan kami bersungguh-sungguh dalam usaha untuk membantu gadis-gadis di luar sana memiliki rambut yang lembut menawan melalui kaedah yang mudah dan menyeronokkan,” ujar Phoenix Ho, Pengurus Pemasaran, Unilever Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.
JANGAN JADIKAN BERHIJAB SEBAGAI ALASAN UNTUK RAMBUT ROSAK..
sekian dari saya ...semoga berjumpa lagi..
Comments
Post a Comment